BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya

BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya
link : BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya

Baca juga


BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya


KOTA BHARU:  Bank Simpanan Nasional (BSN) membuat kejutan istimewa untuk sebuah keluarga di Kampung Pulau Belanga, Kedai Lalat di sini apabila membawa pulang anak kesayangan mereka.

Lebih manis, anak perempuan pasangan warga emas tersebut yang belajar di Universiti Kagoshima, Jepun sejak beberapa tahun lalu itu akhirnya dapat pulang menemui keluarga bagi menyambut perayaan Syawal pada kali ini.

Ibrahim Isa, 57, dan Norlida Ismail, 55, sebenarnya sudah tiga tahun tidak pernah bertemu dengan anak mereka, Anis Farhana, 27, selepas wanita itu yang ditemani suaminya, menyambung pengajian di Jepun sejak tahun 2014.

Pertemuan istimewa itu diaturkan sendiri oleh pihak BSN menerusi Kempen Riuhkan Raya BSN 2017 yang juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat anjuran bank tempatan tersebut.

Lebih unik, selain suaminya, Nik Mohamad Faiz Nik Azlan, 25, Anis Farhana turut membawa pulang anaknya, Nik Nur Saibah Al Khawlah yang baru berusia 20 bulan, untuk dipertemukan buat pertama kali dengan ibu bapanya.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar dan Pengarah Perniagaan BSN Kelantan, Komaruddin Mustafa. Kepulangan secara mengejut Anis Farhana disambut penuh kesyukuran keluarga tersebut.

Penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) tahun kedua di Jepun itu berkata, mereka sekeluarga sebenarnya tidak dapat pulang beraya di kampung halaman sejak tiga tahun lalu disebabkan faktor kewangan yang amat terbatas.

Anis Farhana malah hanya bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajian di Kagoshima, Kyushu, kira-kira 1,353 kilometer dari ibu kota Tokyo.

“Saya cukup rindu dengan keluarga di kampung. Hasrat saya untuk berpuasa dan menyambut hari raya puasa bersama-sama keluarga akhirnya menjadi kenyataan apabila terpilih dalam kempen yang dijalankan BSN ini.

“Saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini, sedih, sayu semuanya ada. Terima kasih BSN kerana merealisasikan impian saya untuk beraya di kampung tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Anis Farhana adalah antara tiga pelajar Malaysia di luar negara yang terpilih menerima tajaan tiket penerbangan pulang ke kampung sempena sambutan perayaan, khas daripada pihak BSN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4PtWH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya

Sekianlah artikel BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bsn-tanggung-penuntut-di-jepun-pulang_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :