Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan

Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan
link : Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan

Baca juga


Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan



Bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan, Ismail Che Ros, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan salah guna kuasa dengan menerima suapan bernilai hampir RM8,000, pada Ogos 2015. 

Ismail, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Atas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima barang berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, bernilai RM2,880.90, pada 5 hingga 7 Ogos 2015 daripada Teoh Hon Chun, seorang kontraktor pembinaan jalan.

Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada kontraktor itu pada 6 Ogos 2015 walaupun mengetahui syarikat milik Teoh mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 0448, Sutera Harbour Resort, antara 5 dan 7 Ogos, 2015. Bagi setiap pertuduhan, Ismail didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rozana Abdul Hadi manakala tertuduh diwakili peguam Zahir Shah. Terdahulu, Rozana menawarkan wang jaminan RM20,000 bagi pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserah kepada pihak mahkamah.

Namun Zahir memohon jaminan ditetapkan pada RM10,000 kerana anak guamnya, yang kini bertugas di Melaka, masih mempunyai tanggungan seorang anak serta terpaksa menanggung perbelanjaan ke Kota Kinabalu untuk sebutan semula kes.

Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Beliau turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJGxXH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan

Sekianlah artikel Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bekas-pengarah-jkr-labuan-didakwa_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :