Judul : Bayi Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Tenat Ditinggalkan Di Bawah Pondok
link : Bayi Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Tenat Ditinggalkan Di Bawah Pondok
Bayi Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Tenat Ditinggalkan Di Bawah Pondok
KAMPUNG GAJAH - Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan telah ditinggalkan oleh seseorang di bawah sebuah pondok di Kampung Pulau Juar, di sini, yang dipercayai mangsa berada dalam keadaan tenat, tindakan ini adalah sesuatu yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Menurut laporan Harian Metro, bayi lelaki yang comel itu masih dalam keadaan bertali pusat semasa ditemui dan seberat 2.47 kilogram ditemui dengan berbalut kain serta diletakkan dalam pondok berkenaan sebelum ditemui pemilik rumah berdekatan pada jam 7 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki yang menjumpai bayi berkenaan telah membuat laporan polis sebelum bayi malang berkenaan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya, selepas pemeriksaan dibuat ke atas bayi terbabit, bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan tenat akibat ditinggalkan dalam keadaan kesejukan, katanya.
Menurutnya lagi, ujian darah dijalankan untuk mengesan jika ada penyakit lain dan bayi lelaki itu kini menerima rawatan lanjut dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di hospital tersebut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2I6m2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Bayi Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Tenat Ditinggalkan Di Bawah Pondok
Anda sekarang membaca artikel Bayi Lelaki Ditemui Dalam Keadaan Tenat Ditinggalkan Di Bawah Pondok dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bayi-lelaki-ditemui-dalam-keadaan-tenat.html