Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan

Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan
link : Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan

Baca juga


Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan

BALIK PULAU – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam membantu pihak hospital termasuk swasta memajukan serta mempromosikan pelancongan perubatan di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tidak seperti negara lain, kerajaan sering mengambil inisiatif untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan hingga mampu memberi pulangan besar kepada ekonomi negara.

“Di Malaysia sahaja kerajaan yang promosi pelancongan kesihatan, di negara lain masing-masing hospital promosi (sendiri)…sehingga kini perkembangan industri ini bertambah maju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Tadarus Perdana Wanita UMNO Balik Pulau di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan 120 kepakaran yang ada di negara ini, ia turut memberi keyakinan serta menarik ramai pesakit dari negara luar memilih Malaysia sebagai destinasi perubatan mereka.

Selain itu katanya, kos perubatan yang dikawal pihak kementerian juga menjadi antara tarikan pesakit untuk berkunjung ke negara ini kerana mereka tidak akan dikenakan caj lebih daripada yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai proses permohonan lesen oleh syarikat Island Hospital Sdn Bhd bagi projek pembesaran Hospital Island di Lebuhraya Peel Avenue dekat sini, Hilmi berkata pihaknya masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu.

“(Jika) hospital baharu, perlukan lesen baharu… kementerian ada peraturan-peraturan dan dia (syarikat) kena ikut termasuk zoning dan sebagainya,” katanya.

Baru-baru ini Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri menjual tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital Sdn Bhd bernilai RM156 juta, bagi pembinaan projek ‘bandar perubatan’.

Lim dilaporkan berkata, tanah milik Perbadanan Ketua Menteri itu diberi pajakan 99 tahun kepada syarikat itu dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM30 juta dan bayaran selebihnya perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan, setelah syarikat itu memperoleh lesen daripada Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCj50T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan

Sekianlah artikel Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bantu Hospital Majukan Pelancongan Perubatan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bantu-hospital-majukan-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :