Bahaya Scam Military Romance

Bahaya Scam Military Romance - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahaya Scam Military Romance, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahaya Scam Military Romance
link : Bahaya Scam Military Romance

Baca juga


Bahaya Scam Military Romance

Bahaya Scam Military Romance

Assalamualaikum, salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca.

Saya ingin berkongsi confession ni kerana saya rasa sangat penting bagi wanita wanita di luar sana untuk menjaga diri sendiri dari ditipu dan diperbodohkan oleh pihak-pihak yang mahu memperbodohkan anda.

Sedikit pengenalan, saya single mother, 30-an, pemegang ijazah, self employed dan alhamdulillah berpendapatan cukup tanpa bantuan sesiapa.

Seseorang yang baik telah mencadangkan saya supaya saya berhijrah untuk mencari ketenangan. Lalu suatu hari, saya daftarkan diri di website-website cari jodoh muslim di dalam dan luar negara setelah 5 tahun selesa bersendiri dgn seorang anak. Tujuannya saya mahu lengkapkan keluarga sendiri dan mulakan episod baru di tempat baru.

Kebetulan pula website cari jodoh dalam Malaysia, selalu ada masalah teknikal dan saya tak dapat upload gambar. Jadi, messages dari interested candidate selalunya saya terima dari website international. Dari messages yg saya terima, cuma satu yg saya fikir memenuhi kriteria saya.

Dari gambar orangnya sederhana, caucasian, lingkungan umur akhir 30 an, berpendidikan tinggi dan bekerjaya.

Kami bersetuju untuk further communicate menggunakan email. Dari situ dia perkenalkan diri sebagai Mark, dari USA.
Sambil attached gambar-gambar dia berpakaian militari US, memperkenalkan diri sebagai mechanical engineer yang berkhidmat dengan US military.

Katanya, (katanya ye) sekarang dia kena deployed di US military base di Kabul, Afghanistan. Tahun ini adalah tahun keempat dia di sana dan akan selesai dan pulang tahun ini. Dia baru sahaja convert to Islam , dan masih mendalami ajaran islam. Dia bercadang mencari calon isteri pada tahun ini, kerana setelah bertahun, dia kecewa berikutan peristiwa pahit dengan bekas tunang. Alkisahnya, senior officer dia tipu bekas tunangnya bahawa dia telah mati ketika dia di hantar 6 bulan ke iraq. Lepas tu bekas tunang dia jalin hubungan dengan senior officer tadi sampai ada anak. Gitulah cerita sedih dia, macam cerita pearl harbour kan

Eh ada lagi, tambahnya lagi dia romanian american. Berasal dari Romania, ibu meninggal ketika dia masih kecil dan kemudian bapanya pula ketika dia berumur 18 tahun. Lalu dia bawa diri ke US embassy, minta bantuan, lepastu mereka suruh dia join military utk education.

Ini semua dia cerita dengan detail dan menggunakan english yg tersusun dan grammar baik punya. Kalau macam nigerian scammers tu awal-awal kita dah tau sebab english kelam kelibut dia dengan ayat cintan- cintun geli punya, tapi si mark ni tak, nampak gaya komunikasi dia matang sikit. Jadi saya pun dah terpedaya kat sini.

Pendek cerita, kami advance ke whatsapp pula, kononnya nak lebih kenal. Conversation dalam 2 minggu, semua ok, kalau ada sweet-sweet pun sikit sahaja, sebab kami pun bukan muda remaja lagi, even selalu sembang pasal isu semasa dan politik, educatedlah kononnya kan. So saya pun tak syak apa-apa lagi.

Kemudian satu hari saya tergerak nak check semula profile dia, mungkin sebelum tu saya ada berdoa mohon pada Allah, kalaulah dia baik untuk saya permudahkan, kalau tidak kau tunjukkanlah. Cuba teka apa saya jumpa? Profile dia telah kena banned, di label sebagai banned member/fake-invalid account if you still in contact with this person we strongly suggest to stop communicating with him as soon as possible

Dari situ saya terus check gambar-gambar yg dia bagi melalui reverse image tracker/search di internet, di mana app ini akan search di mana gambar-gambar ini pernah muncul di web. Dari situ baru saya tahu 2 dari gambar tersebut telah disalahgunakan untuk tujuan military romance scam di mana scammer yang tidak diketahui identitinya telah gunakan/curi gambar military personnel (yg ownernya sendiri tidak tahu) ini utk memancing cinta wanita-wanita single dan kemudian menggunakan mereka untuk dapatkan duit sampai berpuluh ribu.

Modus operandi scammer ni, antaranya mengaku mereka sedang berkhidmat di iraq atau afghanistan, tahun terakhir mereka disitu. Mereka akan tunjuk surat pelepasan militari (fake) untuk tujuan pulang berkahwin dengan wanita yg kena scam ni. Scammer ni akan minta wang dari anda untuk disalurkan pada mereka, katanya pelepasan tersebut perlukan bayaran sebanyak ribuan US dollar in order officer mereka nak benarkan pulang. Cara lain mereka akan kata telah dihantar untuk operasi sulit, dan perlukan wang utk panggilan phone satellite utk teruskan komunikasi dgn anda.

Mujurlah, saya belum sampai tahap dia minta wang saya lagi. Lagipun saya memang tidak akan berikan duit kepada orang yang saya tak pernah jumpa lagi. Malangnya ramai wanita yang telah terkena di serata dunia termasuklah di Malaysia. Ada yang buat loan semata -mata untuk menyalurkan wang pada scammers ini. Scammers ini berani menggunakan gambar-gambar curi navy seals, malah yg berpangkat general atau sergeant untuk tujuan mereka. Dalangnya rata-rata adalah warga nigeria, ghana, russia malah ada yg bertapak di Malaysia bila dicheck ip address mereka.

Saya dah block whatsapp so called mark, dan mujur juga saya belum berikan sebarang gambar saya atau ahli keluarga, sebarang maklumat penting diri, kecuali gambar profile di laman web tersebut sahaja.

Saya terfikir juga bila dia pernah whatsapp pd saya sebelum ini tanya pasal esok public holiday ke, utk childrens day dia kata, pada tarikh 25 may macam tu. Katanya kat US cuti dan of courselah kat Malaysia ni tak cuti. Rupanya bila check cuti tu cuma di nigeria sahaja pada 25 may, hakikatnya di US pada bulan Jun baru mereka sambut.

Mereka ini sudah bertambah licik. Dari setiap kegagalan mereka mendapatkan mangsa, mereka perbaiki lagi modus operandi dengan guna cara lain pula. Mereka sudah semakin bijak memancing wanita yang kesunyian. Jadi berhati-hatilah wanita. Jaga diri anda sendiri dari terkena, jika pasangan anda minta wang sedangkan anda belum pernah berjumpa jangan baik hati sangat, cabut lari sebelum anda kena tipu sampai habis wang, dan akhirnya anda yang sengsara.

Sentiasalah letak hati kita pada Allah. Allah adalah sebaik-baik pelindung dan pemelihara. Bukannya makhluk. Letak hati kita pada makhluk dan material, kelak hati kita akan kecewa. Cukuplah hati saya buat Allah pada ketika ini, doakan saya yang terbaik. Amin.

Alice in wonderland

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKQPFM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Bahaya Scam Military Romance

Sekianlah artikel Bahaya Scam Military Romance kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahaya Scam Military Romance dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bahaya-scam-military-romance.html

Subscribe to receive free email updates: