Judul : Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia
link : Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia
Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia
Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia - Pertanyaan paling popular bagi mereka yang serius untuk mula melabur saham di Bursa Malaysia adalah macam mana nak buka akaun saham? Dalam post kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara buka akaun jual beli saham di Bursa Malaysia.
Bila bercakap mengenai saham ni, ramai yang akan cakap kena buka akaun CDS kat broker yang betul. Pernah dengar apa itu CDS? CDS ialah singkatan bagi "Central Depository Service". Anda wajib ada akaun CDS dan boleh buka di mana-mana syarikat broker. Wakil syarikat broker dipanggil remisier atau dealer.
Bila bercakap mengenai saham ni, ramai yang akan cakap kena buka akaun CDS kat broker yang betul. Pernah dengar apa itu CDS? CDS ialah singkatan bagi "Central Depository Service". Anda wajib ada akaun CDS dan boleh buka di mana-mana syarikat broker. Wakil syarikat broker dipanggil remisier atau dealer.
Bagaimana Cara Buka Akaun Saham
Semangat nak main saham tu dah ade tapi akaun saham belum buka lagi. Kalau takde cepat-cepat buka sebab ia syarat wajib untuk main saham.
Soalan : Kat mana nak buka akaun CDS?
Anda boleh buka akaun CDS di Bank-Bank Pelaburan (Investment Bank) atau Syarikat Broker. Rujuk senarai alamat disini.
Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas untuk buka akaun CDS. Kosnya cuma RM10.60 (selepas GST). Akaun CDS takde yuran tahunan atau bulanan.
Soalan : Kat mana nak buka akaun CDS?
Anda boleh buka akaun CDS di Bank-Bank Pelaburan (Investment Bank) atau Syarikat Broker. Rujuk senarai alamat disini.
Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas untuk buka akaun CDS. Kosnya cuma RM10.60 (selepas GST). Akaun CDS takde yuran tahunan atau bulanan.
Cara Buka Akaun Jual Beli Saham
Langkah 1 : Cari Syarikat Broker BerhampiranPertama sekali cari syarikat broker berhampiran. Boleh rujuk website Bursa Malaysia (http://ift.tt/14vBQwg) dan cari. Cari syarikat yang anda rasa selesa untuk berurusan, pegawai yang mesra pelanggan, brokerage fee yang rendah, online trading yang mesra pengguna dan menawarkan islamic trading.
Langkah 2 : Cari Syarikat Broker Patuh Syariah
Anda boleh semak terlebih dahulu syarikat tersebut patuh syariah atau tidak. Syarikat broker ada banyak tapi anda kena cari dan pilih yang patuh syariah atau Islamic Trading. Buat semakan disini.
Langkah 3 : Buka Akaun
Bila dah buat pilihan syarikat mana yang ada mahukan sila pergi ke pejabat broker atau buat temujanji. Bawa beserta dokumen yang diperlukan untuk bukan akaun CDS dan akaun Trading.
Dokumen yang diperlukan untuk buka CDS account dan Trading account macam kat bawah ni :
- Salian kad pengenalan
- Penyata akaun bank
- RM10 + 0.60 sen GST
Akaun CDS atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.
- Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda.
- Macam mana nak berjual beli secara online.
- Kadar brokerage fee
- Direct account vs nominee account
- Bayaran dividen nanti macam mana dan seterusnya.
Langkah 4: Lepas Akaun Dah Siap Masukkan Modal
Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja.
Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker.
Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga nombor trust account syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account. Selalunya dalam langkah (3) ianya remisier / dealer dah diberitahu.
Langkah 5: Beli 1,2 Kaunter
Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform online yang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.
Jika tidak tahu, pergi belajar dengan remisier / dealer cara-cara letak order menerusi trading platform.
Sumber : Pakdi.Net
Dikesempatan ini juga saya nak ajak anda muat turun "5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Anda Dalam Saham"
Popup seperti di bawah akan muncul. Anda cuma perlu masukkan nama dan alamat email dan tekan pada butang "Berikan Saya". Anda akan diberi link muat turun ke email anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Blog Azzahairi
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sy0aCc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia
Sekianlah artikel Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bagaimana-cara-buka-akaun-saham-bursa.html