Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures

Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures
link : Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures

Baca juga


Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima maklumat berhubung Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan akan meneliti maklumat berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.
Suruhanjaya anti-rasuah itu bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat yang disalurkan itu, dan hanya berkata mereka akan menelitinya dan mengenalpasti sama ada wujud unsur rasuah dan salahguna kuasa.
“SPRM meminta (CEO Kumpulan FGV) Datuk Zakaria Arshad untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat bagi mendapat maklumat lanjut,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki dalam kenyataan.
Beliau menambah SPRM pernah menerima beberapa maklumat berhubung isu yang sama.
“Bagaimanapun, siasatan hanya akan tertumpu kepada isu salahguna kuasa serta rasuah dan bukannya isu peribadi pemberi maklumat.”
Hari ini, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, bercuti susulan siasatan yang dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.
Zakaria sebelum ini menyatakan beliau dipaksa bercuti serta merta oleh lembaga pengarah FGV, berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV.
Beliau mencabar pihak berkuasa supaya mencari salah laku di pihaknya jika terbukti beliau akan meletakkan jawatan daripada syarikat itu.
Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan lembaga pengarah cuba melindungi kesalahan, kerana ia dilakukan susulan siasatan syarikat audit.
“Kita pun tak suruh dia berhenti, itu pandangan lembaga (bercuti) yang tak mahu jejaskan nama baik FGV,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures

Sekianlah artikel Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azam: SPRM Menerima Maklumat Berhubung Felda Global Ventures dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/azam-sprm-menerima-maklumat-berhubung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :