Judul : Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas
link : Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas
Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas
Ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradawi disenaraikan sebagai seorang pengganas oleh beberapa negara Islam utama di Timur Tengah.
Seramai 59 individu dan 12 organisasi di Qatar, atau dibiayai negara itu, dituduh terlibat dalam keganasan oleh empat negara penentang Qatar.
Menurut Al Jazeera, senarai itu diumumkan dalam kenyataan bersama Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Seramai 18 warga Qatar turut tersenarai, termasuk ahli keluarga pemerintah negara, ahli politik dan ahli perniagaan.
Awal minggu ini, empat negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar yang didakwa membiayai kegiatan terorisme.
Yaman, Libya dan Maldives turut menyertai gerakan yang dikepalai Arab Saudi.
Namun, Turki sedia menjadi orang tengah, sementara Iran ingin membantu Qatar mendapatkan makanan.
Mengulas tekanan itu, menteri luar Qatar berkata negaranya tidak akan tunduk pada tekanan negara-negara itu.
“Kami tidak rela menyerah, dan kami tidak akan menyerah, kedaulatan dasar luar kami,” kata Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani seperti dilapor.
Yusuf, ahli akademik dan pengarang kitab terkenal, seorang tokoh Ikhwan Muslimin yang berpengaruh di seluruh dunia Islam, termasuk Malaysia.
Berasal dari Mesir, beliau yang menetap di Qatar antara tokoh yang menyokong usaha menggulingkan regim Hosni Mubarak pada 2011.
Sumber: Projek MMO
Sumber Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5KKHH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas
Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tuduh Yusuf al-Qaradawi pengganas dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/arab-saudi-mesir-bahrain-dan-uae-tuduh_10.html