APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun

APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun
link : APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun

Baca juga


APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima satu lagi kapal peronda pesisir pantai dari Jepun yang dinamakan KM Arau dan bakal ditempatkan di Sabah bagi meningkatkan keupayaan operasi agensi itu di negeri ini.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata KM Arau sepanjang 87 meter itu adalah kapal kedua yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun kepada APMM, selepas KM Pekan yang telah ditempatkan di Kuantan, Pahang dan telah mula beroperasi pada 21 April lepas.

“KM Arau akan menjadi kapal terbesar APMM di Sabah dan sudah tentu ia akan memainkan peranan besar untuk mempertingkatkan lagi keupayaan operasi di seluruh perairan Sabah, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Sebelum beroperasi di Sabah, KM Arau akan meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Klang pada Jumaat ini untuk tujuan pelancaran kapal berkenaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan KM Arau di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KM Arau, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata beliau bersama 24 kru daripada APMM belayar dari Enoshima, Jepun sejak 31 Mei lepas dan memakan masa selama tujuh hari untuk sampai ke Sabah.

“Syukur kami telah selamat tiba di sini (Jeti TLDM Sepanggar) dengan keadaan yang baik setelah mengharungi pelayaran selama tujuh hari dari Enoshima, Jepun.

“Dalam pelayaran itu kami juga dibantu seramai 13 kru yang terlatih daripada agensi yang telah dilantik oleh kerajaan Jepun. Sepanjang pelayaran itu mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk mengendalikan kapal ini,” katanya.

Beliau berkata sebelum belayar ke Malaysia, beliau bersama 24 lagi kru telah tiba di Jepun pada 16 Mei lepas dan menjalani latihan penyesuaian kapal, cara pengendalian sistem, peralatan dan jentera kapal berkenaan selama dua minggu.

“Selepas menjalani latihan itu, kami semua telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan termasuk cuaca buruk. Pada hari ketiga pelayaran, kami dilanda cuaca buruk di selatan perairan Jepun sehingga memasuki di perairan Sabah.

“Alhamdulillah kapal ini terbukti berjaya menghadapi cuaca buruk dan kru juga berjaya mengawal emosi dan kesihatan masing-masing sehingga hari ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRzJqv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun

Sekianlah artikel APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/apmm-terima-sebuah-lagi-kapal-peronda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :