APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam

APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam
link : APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam

Baca juga


APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merancang untuk melapor tindakan nelayan Vietnam menceroboh perairan negara kepada masyarakat antarabangsa, kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar.

“Ini dibuat dengan harapan negara terbabit mengambil sendiri tindakan menghenti atau menghalang nelayan mereka daripada menceroboh kawasan negara orang,” kata beliau kepada pemberita.

Beliau melawat operasi kapal KM Pekan di perairan Tanjung Sedili sempena majlis berbuka puasa APMM bersama pelbagai agensi penguatkuasaan di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu sejajar dengan undang-undang yang diperuntukkan bagi mencegah aktiviti perikananan haram dalam kalangan nelayan asing.

“Terdapat banyak aduan daripada nelayan-nelayan tempatan mengenai pencerobohan ini. Justeru itu kita akan mengambil pendekatan lebih serius dan pada masa sama mempertingkatkan rondaan ketika musim perayaan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku,” katanya.

Zulkifli berkata APMM menahan tiga bot nelayan Vietnam di perairan Johor semalam kerana dipercayai menangkap ikan tanpa permit.

“Dua daripada bot itu ditahan oleh kapal KM Pekan di kedudukan 17 batu nautika timur laut Pulau Aur, Mersing manakala sebuah lagi ditahan oleh kapal KM Tegas di kedudukan 24 batu nautika timur laut Tanjung Sedili (Kota Tinggi),” katanya.

Seramai 31 awak-awak termasuk tekong berusia antara 18 dan 41 tahun ditahan serta 1,400 kilogram ikan pelbagai jenis turut dirampas.

Mengulas persediaan APMM dalam membanteras kegiatan jenayah lain sewaktu Aidilfitri, Zulkifli berkata pihaknya sedang memperhebatkan penguatkuasaan dan rondaan Ops Pagar di kesemua perairan negara.

Katanya ini berikutan terdapat kemungkinan kes seperti penyeludupan dan pergerakan keluar masuk pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia akan bertambah pada musim tersebut memandangkan kebanyakannya mahu pulang ke kampung halaman mereka.

“Pada Ramadan ini, kita percaya warga asing menggunakan pelbagai inisiatif termasuk menggunakan bot nelayan asing dan bot tukar barang untuk keluar daripada negara.

“Modus operandi mereka (sindiket berkenaan) pula dipercayai berpangkalan di Hutan Melintang, Perak dan diuruskan oleh ejen yang mengaut keuntungan dengan mengatur perjalanan pulang warga Indonesia ke kampung halaman mereka,” katanya.

Zulkifli berkata berdasarkan maklumat risikan, kebanyakan warga Indonesia yang mendapatkan khidmat ejen itu bekerja di seluruh negara termasuk Kelantan, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tg2AVu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam

Sekianlah artikel APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM Mahu Tangani Isu Pencerobohan Nelayan Vietnam dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/apmm-mahu-tangani-isu-pencerobohan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :