Judul : Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid
link : Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid
Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid
Beliau berkata polisi insurans berkenaan dilihat memberi manfaat kepada setiap pegawai dan anggota polis sekiranya sesuatu tidak diingini menimpa mereka.
Setakat ini hanya kira-kira 74,325 daripada lebih 120,000 anggota polis di seluruh negara menyertai insurans berkelompok.
"Ramai warga kita yang rugi, tidak mendapat pampasan bila sesuatu kecelakaan menimpa diri mereka. Jadi elok kita wajibkan semua mereka yang beruniform sertai insurans berkelompok ini."Insurans ini tidak membebankan yang mana hanya RM11 sebulan untuk satu unit dan ahli boleh mendapat manfaat melaluinya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-82 Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Khalid yang juga Yang Dipertua Koperasi (PDRM) Berhad turut mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2016 sebanyak 12 peratus iaitu 6.4 peratus atas modal yuran dan 5.6 peratus atas modal syer.
"Selepas jangka masa yang lama ini kadar dividen yang tinggi menunjukkan koperasi berada di landasan yang betul dan tepat," katanya.
Beliau berkata rekod kewangan koperasi kekal menunjukkan angka positif bagi 2016 yang mana keuntungan selepas cukai berjumlah RM46.97 juta.
Selain itu, beliau berkata koperasi PDRM Berhad berjaya menduduki tangga ke-tujuh antara 100 koperasi terbaik di Malaysia untuk 2016 dengan peningkatan tiga anak tangga dari tangga ke-10 pada 2015 manakala di peringkat Wilayah Persekutuan, koperasi berkenaan menduduki tangga kelima.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siHER6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid
Anda sekarang membaca artikel Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/anggota-polis-wajib-sertai-insurans_8.html