Judul : 'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome
link : 'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome
'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome
'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome
Bagi yang tengok dan mengikuti drama 'Andainya Takdir'ini, yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar sebagai pelakon utama, pasti terkesan dengan watak lakonan Aril dan Tiha ini. Banyak pengajaran dan kisah realiti yang dikongsikan didalam drama ini.
Sinopis drama ini,mengisahkan ketabahan Fatihah dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil yang penuh cabaran. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleeya dan kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Setiap perbuatan dan gerak geri Fatihah diperhatikan Airil. Fatihah akan dipukul walaupun silapnya hanya sebesar kuman.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
Andainya Takdir, cukup menyentuh emosi.Macam-macam perasaan ada.Rasa geram, takut, sakit hati dengan watak Aril tu.Tapi pada masa yang sama, watak dan personaliti Aril boleh bertukar 100 peratus, jadi sangat baik,romantik,'sweet'dan sangat caring.
Hakikatnya, kisah drama ini memang wujud dan realiti yang berlaku dalam masyarakat dan kehidupan rumahtangga. Ramai isteri yang menderita dan sengsara apabila mempunyai suami yang jenis cemburu buta atau memiliki penyakit Mental Othello Syndrome ini.
Penyakit Othello syndrome adalah kelainan emosi di mana seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang, walaupun tanpa memiliki bukti yang jelas. Lebih mudahnya disebut cemburu buta.
Penderita penyakit ini juga terdorong untuk mengasari pasangannya secara berlebihan dalam sedar atau tanpa sedar.
Antara punca-punca wujudnya penyakit ini dalam diri seseorang adalah kekecewaan dalam percintaan sebelum ini, pernah dikhianati dan termakan hasutan-hasutan orang sekeliling.
Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit ini:
1.Menuduh pasangan curang tanpa bukti.
2.Melarang pasangan pergi ke mana-mana kecuali dengannya.
3.Selalu mengeksploitasi pasangan.
4.Mencari bukti curang walaupun tidak wujud pun sebenarnya.
5.Mengamuk dan mencederakan pasangan.
6.Selalu memantau kegiatan pasangan.
7.Komunikasi 24 jam tanpa henti.
8.Mengancam akan membunuh.
Cuba semak semula adakah ciri-ciri ini wujud dalam diri sendiri, pasangan atau rakan-rakan jika ada, mungkin anda perlukan perkhidmatan psikiatri dan mendapatkan rawatan sebelum menjadi lebih parah.
Penyakit ini memang tidak dapat dirawat jika hanya bergantung kepada diri sendiri saja. Pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital bahagian psikiatri bagi mengelakkan situasi yang lebih serius seperti penderaan dan pembunuhan. Namun,dalam Islam kita diajar untuk perbanyakkan istighfar ,berzikir dan berwuduk jika amarah menguasai diri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rB3mQG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel 'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome
Anda sekarang membaca artikel 'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/andainya-takdir-singkap-realiti-kisah.html