Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP

Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP
link : Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP

Baca juga


Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dikenakan tindakan pembekuan peruntukan bagi kawasan mereka selepas gagal menghadiri satu majlis rasmi kerajaan negeri.

Naib pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata peruntukan bagi ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon, ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bungah Cheah Kah Peng dibekukan kerajaan DAP setelah mereka gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mengguna kaedah lain untuk menghukum mereka yang gagal menghadiri majlis rasmi kerajaan negeri dan bukannya dengan membeku peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat kawasan berkenaan.

“Saya ingin menggesa Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya tidak membekukan peruntukan wakil-wakil rakyat PKR… peruntukan ini demi kebajikan dan kebaikan rakyat setiap kawasan berkenaan. Peruntukan ini adalah bagi DUN setiap kawasan, ia tidak boleh berdasarkan piawaian beliau sendiri untuk memberi peruntukan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Mei lepas, ADUN PKR bagi kawasan Penanti Dr Norlela Ariffin mendakwa peruntukan kawasannya dibekukan kerajaan negeri kerana gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Oh berkata tindakan kerajaan negeri dilihat seolah-olah ingin membalas dendam terhadap wakil rakyat PKR yang tidak menyokong tindakan kerajaan negeri mengenai isu tambak tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ong dan Cheah pernah dipecat kerajaan Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri tahun lepas apabila mereka bertindak berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional semasa persidangan DUN Pulau Pinang.

Usaha mendapatkan pengesahan ketiga-tiga ADUN PKR itu gagal kerana mereka yang dihubungi semua tidak mahu mengulas mengenai isu pembekuan peruntukan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon ketika dihubungi Bernama berkata isu itu selesai selepas enam ADUN termasuk yang bukan dari PKR telah membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Enam wakil rakyat tidak hadir ke istiadat mengangkat sumpah pada April lepas dan mereka telah memberikan sebab tidak hadir. Maka, isu itu dianggap selesai,” katanya.

Rashid yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri berkata kerajaan negeri kini dalam proses meluluskan peruntukan yang sepatutnya diterima kesemua ADUN berkenaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBDm7I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP

Sekianlah artikel Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adun PKR Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku K’jaan DAP dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/adun-pkr-dakwa-peruntukan-kawasan.html

Subscribe to receive free email updates: