Judul : Adinda Sultan Selangor mangkat
link : Adinda Sultan Selangor mangkat
Adinda Sultan Selangor mangkat
Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.
Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat pada kira-kira 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.
“Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi esok.
“Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.
Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan. – Bernama
The post Adinda Sultan Selangor mangkat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7Pzkk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Adinda Sultan Selangor mangkat
Anda sekarang membaca artikel Adinda Sultan Selangor mangkat dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/adinda-sultan-selangor-mangkat_9.html