Judul : Ada Anak vs Belum Ada Anak
link : Ada Anak vs Belum Ada Anak
Ada Anak vs Belum Ada Anak
Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession saya ni. Saya ada beberapa perkara nak share tapi aya cuba make it simple. Saya bukan niat nak trigger atau provoke sesiapa. Saya harap kalian yang baca confession ni mohon baca dengan hati yang terbuka dan bukan emosi. Kalau kalau nak emo jugak tu korang punya pasal la.
Saya berumur 29, dah berkahwin setahun, belum ada anak. Sejujurnya saya memang tak ready nak ada anak. Bukan nak tolak rezeki pun. Saya ada reason saya sendiri untuk memilih untuk belum menjadi ibu lagi.
Saya tahu yg membaca confession yg tergolong dalam golongan ibu muda, umur sebaya atau muda atau tua sedikit dari saya. Saya anticipate akan ada yang sentap sikit2. Kalau tak sentap tu tahniah. Sebab tu minta buka minda awal2 hahaha.
Sebenarnya banyak je asakan saya terima dari masyarakat sekeliling, yelah, dah kahwin setahun, bilanya nak berisi. Ada pulak kawan saya yg kahwin beberapa bulan lagi awal, dah mengandung. Tahniah, rezeki awak. Tapinya bila saya suarakan hati saya yang saya memang belum ready nak commit dengan motherhood, ramai yang macam nak bash saya. Ada yang post dekat fb sengaja tulis2 macam saya ni patut keluar dari comfort zone, patut percaya pada rezeki anak, blablabla whatever whatever. Tapi nya kan, yang tulis2 macam ni belaka adalah yang bergelar suri rumah sepenuh masa, yang kebanyakan masa dia berpeluang tengok anak dia 24 jam sehari. Walaupun mungkin juga kerja dari rumah, tapi masih ada masa untuk luangkan untuk anak.
Ok saya ceritakan lebih lanjut tentang diri saya. Saya ni wanita bekerja dan ada working shift. Bermaksud, saya sometimes masuk pagi balik petang, sometimes masuk tengahari balik malam. Cuti pula tak menentu. Kadang kala sabtu ahad, PH pun saya kerja. Depends la ikut schedule. Suami pulak, kerja dia office hour. 8 pagi to 5.30ptg, isnin sampai jumaat. Sabtu ahad cuti.
Saya fikir, ok la, katakan saya pregnant. Confirm akan ada satu fasa saya akan mengalami morning sickness. Ye saya dah dengar bukan semua orang ada morning sickness ni. Ada yang bukan morning je, sampai pitam2 lagi. Macam mana saya nak kerja kalau saya ada perkara2 ni? Oh ya lupa nak cerita saya kerja sebab memang saya niat nak kerja untuk bantu ekonomi kami suami isteri. Suami anak sulung pulak tu. Nak harapkan gaji dia sahaja, bukan tak boleh, tapi saya rasa kesian dan tak sanggup tengok dia susah hati kami tak makan. Lagipun saya ni suka lepak kafe hipster. So dengan gaji ni jugak la saya layankan tekak saya ni tanpa menyusahkan suami. Saya juga kaki travel, saya memang kerja ni pun saya akan simpan bahagian untuk kami pergi travel. Sesen pun saya tak minta suami hulurkan sikit bahagian dia. Saya cuma minta dia monitor blacklist ptptn dengan standby passport je. Hehe
Ok sambung, kalau saya ada sickness macam tu, susah saya nak buat kerja. Belum lagi frequent check up. Fyi, saya ni energetic orangnya, saya jenis kopi takleh tak kena sehari. Coffee tu macam productivity booster saya. Haa lebih kurang camtu la nak describe diri saya ni. Kalau keep on mc, pitam2, macam mana saya nak kerja? Jangan suruh saya resign pls! Aku sula karang. Hahaha
Kedua, memandangkan kerja saya yg shift ni, saya dah jarang balik hometown. Nasib baik mak saya faham dan support usaha kami. Dia tanya khabar thru whatsapp la. Mak mertua pulak siap sentap2 anak dia tak balik hanya sebab saya kerja shift. Walaupun saya memang suruh dia balik sendiri tengok mak dia. Haaa itu baru tang situ. Kalau saya ada anak? Ok tbh, saya taknak letak anak saya dekat nursery. Ok kata la saya habis pantang nanti, takkan nak letak nursery? Sorry to say, saya tak percaya nursery. Dah banyak kes merepek2 sampai melibatkan kematian budak. Dahlah nak bayar kos lagi. Parents mertua pun, hmm bukan la saya tak percaya dia tapi saya notice dia ni ada sikit indoctrination cara orang lama2. Sakit itu nak berubat2 tapi bukan guna that proper medication. Get what i mean? Macam pengalaman emak saya, adik saya dulu time baby dia macam ada sakit kuning. Ada ke mak mertua dia nak suruh baby minum air rumput. Mak saya memang taknak follow, dia kata tu ambil rumput mana2 ntah, ntah2 yang dah kena spray dengan racun. Sudahnya mak mertua dia sentap dengan dia. Haha. Entahla saya sendiri kureng la nak accept benda2 tradisional ni sebab mak saya moden kot. Kalau betul terbukti secara saintifik takpe la jugak. Jangan nak merepek sangat la orang tua2 ni. Hahaha
Ketiga, ini melibatkan diri saya sendiri. Saya ni multitasker. So kehidupan sebagai seorang multitasker, telah menyebabkan saya jadi pelupa jugak. Maksudnya pelupa tu more to overlooked la sebab terlalu banyak perkara nak disetelkan. Saya bukan apa, saya risau, jika situasi saya camni menyebabkan saya terabaikan tanggungjawab saya sebagai parent. Yes mungkin akan ada terfikir suami kan ada. Haa memang le suami aku ni ada, tapi takkan expect suami je buat semua. Yes walaupun itu tanggungjawab dia. Haa korang pun tahu kan society kita ni kuat mengata. Karang silap sikit dikatanya saya ni ibu tak bertanggungjawab la, tahu buat anak taktahu jaga anak, dsb. Ok maaflah kalau ada yg rasa saya ni buruk sangka. Saya dah masak sangat dengan society kita ni sebenarnya. Sebab tu jugak saya jadi antisosial. Kuikui
Dah ada tendency untuk jadi macam yg saya mention tadi kan. Seriously, saya ni, nak bela kucing pun fikir panjang tau. Saya pernak terfikir nak bela kucing. Konon2 macam persediaan la sebelum ada komitment besar camni. Kita start dengan kucing. Last2 sampai kesudah saya tak bela2 kucing. Saya hanya mampu belai stray cats yg jumpa tepi jalan takpun bagi makan camtu je. Macam saya katakan tadi. Saya takut terabaikan dia. Saya sepatutnya jaga dia sebaik2nya, nanti kalau saya pergi travel, confirm kena hantar boarding. Satu malam je dah berapa puluh ringgit. Nak maintain foods dia lagi, medication, nak neuter kalau betina. Takkan nak bagi makan cikai2 murah2. Kucing ni kadang2 kena hipster sikit macam saya jugak kan. Kahkah. Seriously, kalau saya betul terabaikan dia, I am damned.
Keempat, saya ni bab agama takde lah terer mana. Walaupun subjek agama saya A1 waktu spm. Kehkeh. Apa je la spm tu. Tapi to be honest, saya ni manusia paling liat nak bangun solat subuh. Basically, kalau saya bangun awal, suami saya akan bangun jugak. Kalau saya tak bangun, kelaut lah kami bersama sampai matahari dah tegak. Hahaha. So basically waktu camni dah confirm la subuh terlepas. Macam mana saya nak jadi ibu yang baik kalau solat pun celam2. Saya ni takda la baik sangat tapi solat2 lain saya cuba jaga sebaik mungkin. Kadang kala terlepas jugak sebab dekat office sometimes waktu break 15mins dah habis, stucked dekat traffic jam, kadang2 tu tengah travel (takat macam seremban-kl) pun terlepas gak solat. Walaupun surau berlambak. Alaa sebenarnya suami saya pun lebih kurang je kami ni. Parents mertua pun sama. Harap tudung je labuh makan je nak halal semua. Kah. Saya bukan la nak condemn mertua sangat sebab like I said, saya ni pun tak baik mana. My major point is, kalau commitment sesimple camni pun takleh nak commit, macam mana pulak nak beranak?
Kelima, ok, yang ni saya nak mention aspek persekitaran. Seperti yang telah sedia maklum, zaman kita ni adalah zaman teknologi gajet ada di mana2. So bermaksud, dimana2 pun boleh jumpa gajet. Saya ni jenis mata keep on mengadap handphone. Tak facebook, insta. Tak insta, facebook. Twitter saya malas nak install nanti lagi lama saya tengok handphone berbanding suami. Kehkeh. Ok my main point is, katakan saya ada anak, nanti dah bertukar jadi toddler, say, saya takkan train dia untuk tengok gajet. Mungkin saya takkan kenalkan langsung gajet dekat dia. Umpamakan macam cerita sleeping beauty, yg ayah king dia tu lupuskan semua mesin jahit tu sebab takut anak dia terkena sumpahan maleficent dia akan mati bila jumpa mesin jahit tu. Get what I mean? Ok kalau tak faham, maksud saya, mungkin saya takkan exposekan dekat anak saya apa itu gajet. Tapi confirm dia pun akan jumpa orang sekeliling kan. Termasuk sanak saudara. Yelah takkan saya nak simpan anak saya biar jadi kera sumbang pulak. Tak kisahlah saudara yang biasa jumpa ke jarang jumpa ke. Diorang sikit2 confirm akan tunjuk jugak gajet2 ni dekat anak. Korang pun tahu kan, budak ni makhluk yang inquisitive. Dia nak tahu banyak perkara. Tunggu besar sikit, kalau saya tak bagi dia handphone, konfem dia akan tengok kawan2 dia pakai handphone, dia je tak pakai. Mesti dia balik cari mama dia mintak belikan handphone. Ok katakan saya cuba jadi tegas, dia akan adamant untuk minta jugak. Contoh la. In the end, Im the damned mama la sebab tak fulfill kehendak anak yang satu tu. Remember my point yang our society ni macam mana. Haha
Keenam, masih di topik masyarakat dan gajet, dengan adanya gajet dan internet tanpa sempadan ni, semakin mudahlah access ke website tak elok ni. Korang mesti pernah tengok kan dekat fb ada orang share hati2 video youtube ada tunjuk video watak2 cerita frozen diplot-twistkan jadi cerita lucah. Bukan tu je. Banyak lagi. Dahlah lagu zaman sekarang ni penuh mencarut je kerja. Nak bagi anak terer english, lagu english banyak carut. Nak bagi dengar lagu melayu pulak, banyak lagu melayu sendu. Hahaha. Berbalik ke gajet, confirm tak terlepas dari budaya media sosial. Dah berapa banyak case budak2 kena gangraped waktu 1st time meetup dengan kawan wechat? Lari ikut kawan baru kenal dekat social media, tertengok benda2 tak elok. Ye lah walaupun internet ni banyak kebaikan, tapi banyak jugak keburukan. Inilah one of my greatest fear. Budak2 ni common sense dia bukan macam kita orang dewasa okay.
Selain daripada itu, makin ramai manusia jahat dalam dunia ni. Even ada jugak dalam kalangan family sendiri. Saya ni bukan la nak doubt dengan ahli keluarga sendiri. Tapi it happened kot.
Ok la saya rasa Ive had enough la with this confession. Banyak kan saya dah tulis. To sum up everything, we are living in the cruel world. Not the world that is being cruel. Its the people inside it. Walaupun ramai lagi yang baik. Tapi jujur saya katakan, saya rasa lebih baik jika anak saya tak lahir sebab kalau dia dilahirkan, dia akan dilahirkan dalam dunia yang kejam ni. Saya jugak tak sanggup kalau saya gagal pikul tanggungjawab besar ni, dosanya pun besar jugak. Dosa diri sendiri pun tak tertanggung. Huhu
Berbalik kepada geng2 ibu muda ni, jangan la cepat sangat melatah. Saya tak faham la kenapa korang ni inferior sangat bila ada orang cakap dia taknak ada anak disaat korang tengah pikul tanggungjawab besar ni. Korang percaya tak ayat2 allah ni Allah takkan membebankan hambaNya melainkan dengan kesanggupannya? Meaning, orang tu betul2 punya kekuatan untuk pikul tanggungjawab tu. Korang tak rasa bersyukur ke? Ada je saya dengar kawan2 yang down nak pregnant tapi belum, bagi saya simple. Rezeki belum sampai. Mungkin korang pun belum ada kekuatan lagi nak pikul. Macam saya la. Bezanya saya ni overview beberapa perkara sebelum commit sesuatu. Lagipun saya ni praktikal orangnya, saya buat sesuatu atas kesesuaian badan sendiri, bukan sebab follow trend. Macam trend orang beranak semua nak beranak. That kind of thing la.
Lagi satu geng2 ibu muda ni, tolong jangan expect orang lain ada perkara macam yang korang dah ada. Rezeki orang masing2. Ada dikurniakan rezeki kemewahan harta, ada rezeki mewah anak, ada rezeki makan mewah, ada rezeki sihat tubuh badan. Bagi saya, untuk minta orang2 macam saya untuk keluar dari comfort zone tu, its not fair la. In a way, its correct. Tapi life ni bukan dari satu angle je. Kita ada banyak angle. So bermaksud, untuk keluar dari comfort zone ni bukan takat kena berani beranak je. In before that, kena berani korbankan beberapa perkara lagi. Lagipun korang beruntung especially suri rumah sebab korang ada plenty of time untuk pantau anak2 korang. Dah confirm depan mata. Suami korang pun mampu nak tanggung keluarga dah. Tak perlu fikir kos nursery. Tapinya bagi saya ibu2 bekerja juga sangat hebat. Wonder woman lah korang ni. Korang basically dah pikul dua tanggungjawab berat; kerja dan anak. Haih saya explain ni pun belum tentu korang faham.
Oklah korang, I rest my case. Terpulang la penerimaan masing2. Ok selamat berpuasa korang. Selamat hari raya in advance juga.
human being
Human being
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sKaI14
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Ada Anak vs Belum Ada Anak
Anda sekarang membaca artikel Ada Anak vs Belum Ada Anak dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/ada-anak-vs-belum-ada-anak.html