4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak
link : 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

Baca juga


4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak


EMPAT beranak maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang lori rosak di Kampung Baru berhampiran Simpang Kampung Daar, dekat Tambunan, Keningau, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa, Simon Sadi, 29, dan tiga anaknya, Aaron, 6; Selvy, 4; serta anak bongsunya berumur dua tahun maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Suzana Damiaus, 25, cedera parah.

Difahamkan, lima beranak yang dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke pekan Tambunan dikatakan tidak memakai topi keleder ketika kejadian.

Lima beranak itu dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri kematian membabitkan ahli keluarga mereka.


Media tempatan melaporkan, Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ahmad Jawila berkata, siasatan mendapati mangsa yang dipercayai menunggang laju gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori kargo yang rosak di tepi jalan.

“Ketika kejadian kesemua mangsa tidak memakai topi keledar dan penunggang motosikal itu juga disyaki menunggang dalam keadaan laju berdasarkan impak perlanggaran yang kuat.

“Akibat rempuhan itu empat sekeluarga maut di tempat kejadian, manakala isteri mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut,”katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang kerana gagal mengawal motosikal hingga merempuh belakang lori yang rosak di bahu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

Sekianlah artikel 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/4-beranak-maut-langgar-belakang-lori.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :