Judul : 3 Spesis Manusia Di Ofis
link : 3 Spesis Manusia Di Ofis
3 Spesis Manusia Di Ofis
Terima kasih admin kalau siarkan confession ni. Aku 29 keje kat negeri umno. Aku pernah keje dekat swasta & juga kerajaan. Aku cerita ni dari pengalaman aku dan juga sahabat-sahabat aku. Kalau korang salah sorang dari spesies-spesies kat bawah ni MOHON SEDAR DIRI dan bawak-bawak betobat!
SPESIES 1: MAKHLOK KABEL
Kabel! Tau daq orang yang guna kabel untuk dapatkan sesuatu ni la spesies yang paling dibenci. Dari aku sekolah lagi aku perati je spesies2 manusia gini. Owh anak cikgu ni masok sekolah ni jugak (SBP or MRSM), owh adik dia sekolah sini jugak, eh adik kepada adik dia pun sekolah sini jugak. Amboi amboi amboi mudahnya jalan hidup korang!.
Zaman keje pulak, ko punyalah bersyukur alhamdulillah bagai dapat keje, sekali dapat tahu ada yang dapat keje guna kabel WITHOUT INTERVIEW ko tau!.Kalau swasta aku tak kesah sangat sebab mungkin company family ko, tapi kalau government ko buat perangai gini masak oi!Phewwww menyirap la jugak tapi siapalah daku. Biasanya depa ni ada laki/bini/mak/bapak/kenalan/sedaramara yang memang bos or keje dgn YB lah kan.
Kepada bos/laki/bini/mak/bapak/kenalan/sedaramara berkenaan TOLONGLAH SIASAT BETUL-BETUL & PILIHLAH ORANG YANG BETUL-BETUL BOLEH BUAT KEJE kalau ko nak guna kabel ni. Ni ko masokkan orang, then haprak dia tak boleh buat apa. Dapat pulak yang masok-masok jadi second bos/ketua/dsb aduhai menyirap aku, terumbang-ambing ofis macam nak karam. Nak brainwash makhlok tersebut takut aku pulak yang kena buang, alamatnya diam sampai kesudah dan berharap makhlok tersebut cepat blah/mampos.
Yang aku peliknya spesies kabel ni kadang-kadang riak tak bertempat. Ada ke membe aku cakap dengan riaknya Ha pakcik aku ada keje situ, boleh kot dia tolong aku dapat keje kat situ. Woi malu la oii, orang lain susah payah belajar dapat pointer molek, pegi interview bagai, ko senang-senang sekat rezeki orang lain. Berdosanya aku rasa walaupun aku tak buat. Benda ni akan jadi lagi parah kalau ko dapat bahagian pengambilan staff/HR yang mangkuk, yang tak boleh terima pandapat orang, yang rasa dia je betul, ko hentak la kepala dia dgn seguni ais pon dia tetap dengan keputusan mangkuk dia tu.
SPESIES 2: KAKI KIPAS
Haaa yang ni kalau zaman belajar dulu, ko banyak bodek-bodek sikit lecturer dapat lah markah lagi tinggi dari sekalian umat yang tak membodek. Tambah pulak ko ada pakej tambahan muka comel lote macho lagilah cikgu/lecturer ni pilih kasih. Tak semua cikgu/lecturer macam ni tapi memang ada.
Ohoii dah keje lain maciam pulak jenisnya. Walaupun ko yang work hard gila babeng berhempas pulas, tak tidor, kadang-kadang nak berak pon tak sempat demi untuk menyiapkan keje tapi at last orang lain yang dapat nama. Dapat pulak bos yang percaya bulat-bulat dengan kaki kipas ni memang sampai ke sudah ko takkan dihargai. Kalaulah macam gini keadaan ko kat ofis aku nasihatkan cepat-cepat ANGKAT KAKI dari ko keje jadi tak ikhlas.
Kaki kipas juga adalah punca bos pilih kasih/tak adil/bias. Kepada bos-bos sekalian alam, tolonglah tengok peel semua staff anda. Hok mana yang ada cctv tu tengok la kalau tak buat apa pasang mahal-mahal oi. Tolonglah hapuskan spesies-spesies yang kaki kipas/kaki gebang ni dari terus membiak dengan jayanya.
*Sebenarnya aku jadi menyirap sangat sebab HR ofis aku yang mangkok tu kaki kipas bos, & bos percaya bulat-bulat apa yang dia cakap & skrg ni macam bos dah ikut telunjuk dia & pandang serong dekat sekalian staff yang tak bersalah ni.
SPESIES 3: KRONI
Biasanya YB/bos/second bos/ketua jabatan lah yang selalu guna kroni ni. Walaupun maciam orang tak tau tapi ketahuilah bahawasanya semua orang tahu cuma depa diam. Mentang-mentang lah ko ada kuasa, semua job nak bagi ke kroni ko.
Malas aku nak ulas panjang, to make it short aku menyirap dengan ketua jabatan aku yang kemain semua job bagi kroni dia je. Lepastu markup harga gila babeng aku taulah ko dapat komisyen, harapnya moga ko bahagia senantiasa dan hasil komisyen tu menimbun sampai ko tak perlu kerja lagi dan mampu bertahan sampai ke cucu cicit ko & aku pon dah tak menyirap tengok muka ko lagi kat ofis.
**Okaylah aku dah penat taip, banyak lagi nak cerita tapi aku nak cool down & simpan tenaga untuk puasa esok. Harapanku agar kalian yang membaca confession ini tidak tergolong dalam spesies-spesies ni & kalau korang ada kuasa nk halang benda ni dari terus membiak korang buatlah sesuatu. Adios~
Suparman
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbRS4Q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel 3 Spesis Manusia Di Ofis
Anda sekarang membaca artikel 3 Spesis Manusia Di Ofis dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/3-spesis-manusia-di-ofis.html