Judul : 1MDB: MALAYSIA TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN ASING
link : 1MDB: MALAYSIA TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN ASING
1MDB: MALAYSIA TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN ASING
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak perlu campur tangan asing dalam menyelesaikan masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terhadap syarikat itu baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata tindakan itu sangat tidak rasional dan profesional, seolah-olah satu konspirasi sedang dirancang untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Terdahulu, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa penyelewengan dikaitkan dengan Perdana Menteri. Hasil siasatan ini turut ditegaskan oleh Peguam Negara bahawa tidak terdapat bukti-bukti berasas untuk dihadapkan ke mahkamah.
“Justeru, tindakan saman DOJ ini sangat meragukan lebih-lebih lagi ia langsung tidak merujuk mana-mana pihak berkuasa seperti Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan.
Irmohizam merujuk kepada saman sivil terbaru DOJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata tindakan DOJ seolah-olah didorong motif politik pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam melakukan transformasi negara.
“Ini sudah menjadikan DOJ bukan sahaja bertindak melulu bahkan juga menuduh tanpa usul periksa. Tidak ada sebab untuk kita mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ,” katanya.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgcMzK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel 1MDB: MALAYSIA TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN ASING
Anda sekarang membaca artikel 1MDB: MALAYSIA TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN ASING dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/1mdb-malaysia-tidak-perlu-campur-tangan.html