1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit

1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit
link : 1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit

Baca juga


1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Menurut penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali, tindakan DoJ itu yang tidak melalui pihak berkuasa Malaysia menimbulkan keraguan kerana asas kepada siasatan mereka boleh dipertikaikan.  
 
"Sebagai contoh kita hendak buat siasatan tentang sesuatu subjek maka selain daripada kita dapat daripada pihak luar tentang subjek itu kita sendiri kena bertanya kepada subjek itu, kita kena bertanya dengan badan-badan berkenaan subjek itu.
 
"Jadi dalam hal ini saya lihat DOJ tidak berhubung di pihak berkuasa di Malaysia, justeru timbul kemusykilan didalam fikiran saya, mereka dapat asas daripada mana bila hendak membuat siasatan," katanya ketika dihubungi oleh pihak Antarapos.
 
Pagi tadi, Pakatan Harapan (PH) mendakwa tiada keperluan untuk DoJ merujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan mereka bersabit 1MDB. 
 
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini kerana saman sivil yang dikemukan DoJ itu dikategorikan sebagai 'Judgement in Rem', iaitu berkaitan dengan aset.
 
Mengulas lanjut, Aidit sekali lagi mengulangi keperluan untuk badan asing itu menuruti SOP, sambil menambah, siasatan yang tidak melalui sumber yang sahih boleh disifatkan sebagai tidak menyeluruh. 
 
"Kalau dia tidak ikut SOP maka apakah status siasatan dia itu? Jika status siasatan itu telah membuat kenyataan yang nyata, maka ini tidak betul sebab kita hanya boleh keluarkan kenyataan yang nyata setelah kita ini membuat siasatan yang terperinci dan mencukupi.
 
"Tapi dalam hal ini saya tidak nampak mereka membuat siasatan yang terperinci dan komprehensif," katanya lagi.
 
Aidit malah tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang menjadi dalang dalam menyalurkan bukti-bukti yang tidak sahih kepada badan asing itu. 
 
"Saya mengesyaki ada pihak-pihak yang ada kepentingan politik yang mungkin bekerjasama dengan pihak DOJ atau pun memberi apa yang dikatakan sebagai perkara yang konon-konon dikatakan sebagai bukti tetapi berstatus rapuh," katanya lagi. 
 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata, tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersifat politik.
 
Menurut Apandi, ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan mereka.
 
 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel 1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit

Sekianlah artikel 1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: DoJ perlu ikut SOP, kata Aidit dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/1mdb-doj-perlu-ikut-sop-kata-aidit.html

Subscribe to receive free email updates: