Judul : 105 individu ditahan, terlibat kongsi gelap
link : 105 individu ditahan, terlibat kongsi gelap
105 individu ditahan, terlibat kongsi gelap
ANTARAPOS.COMIPOH - Polis Perak telah menahan 105 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap bagi tempoh Januari lalu sehingga semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata mereka disyaki anggota Geng 04 (40 orang), Geng 08 (32 orang), Geng 360 (23 orang), Geng 24 (6 orang) dan Geng 36 serta Geng 21, masing-masing dua orang.
“Sebanyak 66 kertas siasatan dibuka dengan enam telah dituduh di mahkamah manakala 14 individu tidak dikenakan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Gan juga mendedahkan Geng 360 baru sahaja wujud di Perak susulan penangkapan 23 individu termasuk seorang wanita dua hari lalu di Sungai Siput.
“… sebelum ini tiada anggota geng tersebut di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata semua yang ditahan disiasat menurut Akta Pertubuhan 1966.
Ahad lepas, polis Perak menahan 23 individu warga tempatan termasuk seorang wanita kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap menerusi serbuan Op Cantas di Persiaran Lintang Makmor 9, Taman Lintang Makmor di Sungai Siput.
Suspek berusia antara 22 dan 55 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan upacara angkat sumpah kongsi gelap, kira-kira 4.30 petang. - Bernama
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel 105 individu ditahan, terlibat kongsi gelap
Sekianlah artikel 105 individu ditahan, terlibat kongsi gelap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 105 individu ditahan, terlibat kongsi gelap dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/105-individu-ditahan-terlibat-kongsi.html