100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

100 AES dipasang seluruh negara tahun depan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan
link : 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

Baca juga


100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
 
Aziz berkata AES yang akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan itu dapat membantu pengguna jalan raya mematuhi peraturan memandangkan ia merupakan sistem penguatkuasaan sepanjang masa selama 24 jam.
 
"AES ini akan ditambah kerana kita (Malaysia) mempunyai matlamat untuk mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 seperti yang telah dipersetujui di peringkat dunia," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, di sini, hari ini.
 
Menurut Ahli Parlimen Sri Gading itu, terdapat kira-kira 50 AES yang sudah dipasang di seluruh negara setakat ini.
 
Beliau berkata saranan mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 merupakan satucabaran kepada negara kerana Malaysia merupakan satu daripada negara yang mencatatkan kadar kemalangan tinggi.
 
"Kita (kerajaan) juga tidak mahu negara kerugian modal insan akibat kemalangan jadi, penguatkuasaan secara automasi (AES) merupakan kaedah terbaik memandangkan sistem ini tidak ada pilih kasih kerana kamera tidak mengenali orang dan akan rakam semua kenderaan yang lalu," katanya.
 
Ab Aziz dalam pada itu turut menasihati para pengguna jalan raya yang akan pulang semula ke kota selepas sambutan hari raya supaya mengambil iktibar dengan memandu secara berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
 
Beliau yakin kemalangan dapat dielakkan sekiranya para pengguna jalan raya memandu dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan.
 
 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan

Sekianlah artikel 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 100 AES dipasang seluruh negara tahun depan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/100-aes-dipasang-seluruh-negara-tahun.html

Subscribe to receive free email updates: