Judul : Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
link : Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
PELABUHAN KLANG: Kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina menerusi pelaksanaan Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu yang bakal dilancarkan 19 Jun ini, dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kerjasama yang dilaksanakan secara terkoordinasi itu akan digerakkan secara berterusan sehingga keadaan perairan tersebut kembali reda dari sebarang kegiatan jenayah.
"Inisiatif itu dilaksanakan untuk menangani aktiviti lanun, penculikan dan rompakan bersenjata di perairan Laut Sulu.
"Untuk itu, TLDM akan mengarahkan aset KD Todak iaitu kapal peronda laju bersama dua lagi kapal Filipina dan Indonesia untuk turut mengawal perairan negara masing-masing," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga TLDM di Pusat Hidrografi Nasional di sini malam tadi.Beliau juga yakin pelaksanaan rondaan tiga negara tersebut akan berjaya berikutan kerjasama berkenaan mengguna pakai model rondaan yang pernah dilaksanakan di perairan Selat Melaka sebelum ini.
Jelas Ahmad Kamarulzaman, berdasarkan model rondaan bersama yang pernah dilakukan 10 tahun lalu membabitkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand di perairan Selat Melaka, terdapat penurunan ketara untuk kes-kes jenayah membabitkan kawasan perairan itu termasuk bagi kes lanun dan rompakan laut.
"Sebab itu kami merujuk kepada model ini yang kami lihat amat bertepatan untuk digunakan bagi mengawal Laut Sulu terutama kawasan perairannya yang menjadi tumpuan dan sasaran kegiatan jenayah," katanya.
Menurut Ahmad Kamarulzaman, rondaan di Laut Sulu itu yang membabitkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Tentera Filipina dan Tentera Nasional Indonesia akan dilancarkan oleh menteri pertahanan dari ketiga-tiga negara di Tarakan, Indonesia.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc0erK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Anda sekarang membaca artikel Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM dengan alamat link http://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/rondaan-tiga-negara-laut-sulu-mampu.html