Judul : Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna
link : Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna
Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna
Dari hari ke hari, ramai pengguna laman sosial, termasuk Instagram yang menggunakan pengaruh dan populariti mereka dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan daripada pelbagai syarikat. Walaubagaimanapun, kadang-kala mereka tidak melabelkan sesuatu perkara sebagai iklan – sekaligus membuatkan sesuatu promosi itu kelihatan mengelirukan dan menipu.
Kini, dalam usaha memudahkan proses berkenaan, Instagram menguji kebolehan untuk tag sesuatu perkongsian sebagai berbayar, dan ia akan dipaparkan pada bahagian dibawah nama seseorang pengguna.
Perkara ini juga sekaligus memudahkan seseorang pengguna Instagram untuk melabelkan perkongsian berkenaan sebagai berbayar – dan ia juga akan mudah difahami oleh rakan-rakan dan pengikut mereka yang lain berbanding penggunaan hashtag dan sebagainya.
Instagram turut mengatakan yang mana pelbagai metrik berkenaan dengan sesuatu perkongsian dapat turut diakses oleh pengiklan yang di-tag melalui Facebook – sekaligus mungkin akan membuatkan ramai pengiklan meminta pengguna Instagram menggunakan integrasi ini.
Buat masa ini, Instagram sedang mengujinya, dan tidak diketahui lagi bilakah mereka akan memperkenalkannya kepada umum.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3XMDp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna
Anda sekarang membaca artikel Instagram Menguji Fungsi Untuk Melabelkan Perkongsian Berbayar Oleh Pengguna dengan alamat link http://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/instagram-menguji-fungsi-untuk.html