Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri

Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri
link : Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri

Baca juga


Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baharu.

“Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor, Jumaat.

Turut hadir timbalan perdana menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan yang juga Presiden Amanah Mohamad Sabu, Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Abdul Rahman.

Dr Mahathir turut membidas tindakan sesetengah pegawai kerajaan yang melambatkan sesuatu keputusan hingga terpaksa ditukar ke jabatan lain demi melicinkan pentadbiran.
Beliau turut memberikan contoh tindakan pegawai yang melengahkan pelantikan pegawai menteri sehingga tidak dibayar gaji sejak empat bulan lepas.

“Oleh sebab tertentu kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggakan ada orang elak laksanakan keputusan-keputusan yang telah dibuat.

“Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbiran lepas dan Najib (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Apabila kita lantik pegawai, menteri berhak mendapatkan kakitangan mereka.

"Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, tapi mereka masih belum mendapat gaji kononnya ada tidak kena dengan pelantikan.

“Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji dibayar,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga mendapat kecaman dan reaksi negatif pelbagai pihak, Dr Mahathir berkata; “Ramai orang bagi pendapat. Dan kita juga sensitif dengan reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan untuk mengkajinya semula.

“Ini bukannya “carved in stone’ (tidak boleh diubah),” katanya.

Berhubung mesyuarat hari ini, Dr Mahathir berkata beberapa perkara dibincangkan termasuk tahap kepuasan hati rakyat kepada kerajaan, peranan yang boleh dimainkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun depan atau berikutnya selain hal dalaman gabungan kepartian.– Bernama



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri

Sekianlah artikel Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M TAK PUAS HATI prestasi menteri dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/tun-m-tak-puas-hati-prestasi-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: