Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik

Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik
link : Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik

Baca juga


Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik


Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Sallehen Mukhyi berkata parti itu berpendapat negara ini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang "sangat baik" apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya.
“Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.
"(Kita) ingatkan (sangka) apabila mereka (HARAPAN) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah HARAPAN, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.
"Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya pada sidang media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam, hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada 2 Sept lalu anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan orang Melayu di negara ini sudah kehilangan kuasa.
Berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu Pasir Salak di pekan Kampung Gajah, Perak Tajuddin berkata kerajaan HARAPAN hari ini dikawal oleh kalangan bukan Melayu.
Hakis semangat beragama
Lebih separuh daripada jawatan dalam kerajaan hari ini dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.
"DAP sendiri mempunyai lima atau enam jawatan, dan mereka juga mempunyai lebih banyak timbalan menteri. Separuh daripada kerajaan adalah kerajaan DAP," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Salak.
Kata Sallehen ketika ini orang Islam di negara ini semakin terhimpit dengan pelbagai isu termasuk fahaman liberalisme dan amalan Syiah.
Selain itu katanya, isu berkaitan akidah lebih besar berbanding Melayu.
“Hari ini bagi saya jika kita cakap tentang isu Melayu, tapi sebenarnya ia merentasi kehidupan orang Islam yang semakin terhimpit, bentuk kehidupan umat islam bercelaru dengan fahaman yang masuk.
"Bukan setakat liberal, amalan Syiah terbuka mengancam akidah - itu saya fikir isu lebih besar daripada kekuasaan (orang Melayu).
“Hari ini dalam kerajaan HARAPAN yang paling mendominasi ialah DAP.
“Jadi sebab tu saya percaya rakyat melihat mereka mempunyai agenda tersendiri, bukan sekadar melupakan kekuasaan orang Melayu tapi pada waktu sama menghakis semangat hidup beragama dalam negara,” katanya yang juga pesuruhjaya PAS Selangor. - Malaysiakini


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik

Sekianlah artikel Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila PH Berkuasa: Bukan sekadar Melayu hilang kuasa tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/bila-ph-berkuasa-bukan-sekadar-melayu.html

Subscribe to receive free email updates: